![]() |
Madu Alshifa 125gram |
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kenduri tak pernah jemput tetiba nak cerita pasal hikmah bermadu pulak kan??? Memang Zumal bermadu. Tapi bukan kahwin tu yer. Just pengguna madu. Zumal still single and available k. Sebab ada orang tanya encik Zumal dah kahwin ke? Belum ada rezeki sebab tak ade yang suka encik Zumal. Hehe...
![]() |
Madu Alshifa 1kg |
Kalau korang nak tau sejak Zumal berniaga bersama rakan Zumal itu buat Zumal bermadu. Zumal berniaga permainan dan dia berniaga makanan sunnah. Bukan rakan Zumal promote madu tau tapi semua hasil ilmu yang dikongsi dan hasil pembacaan dari buku Rasulullah Is My Doctor tulisan Jerry D. Gray. Review buku DI SINI. Banyak kebaikan madu yang Zumal perolehi. Dan kini kesihatan pun agak memberansangkan tau. Zumal juga gantikan madu sebagai gula. Madu memang kurniaan Allah yang ajaib. Rasulullah juga menggunakan madu dan berubat dengan madu.
Madu bersama habatussauda
Zumal bukan saja guna madu secara berasingan tapi ada juga yang zumal campurkan bersama habatussauda. Habatussauda juga makanan sunnah yang tertulis di dalam Al Quran. Ianya dikatakan penyembuh segala penyakit kecuali mati. Rugi la kalau kita tak guna kerana Rasulullah sendiri menggunakannya sebagai ubatan. Apa khasiat madu bersama habatussauda? Madu yang dicampur habatussauda boleh digunakan untuk mengubati mata rabun atau masalah katarak dan apa-apa yang berkaitan mata. Madu dan habatussauda yang dicampur bersama dengan kuantiti yang sama banyak boleh dititiskan di atas mata. Hanya 1 titis semasa bangun tidur dan 1 titis semasa 45 minit sebelum tidur. Insha Allah mata kita akan lebih jelas penglihatannya tapi buat permulaan kita akan berasa sedikit pedih. Tapi bila dah beberapa hari penggunaan kita akan rasa biasa.
Madu bersama serbuk kayu manis
Selain tu Zumal juga menggunakan madu bersama serbuk kayu manis. Sekarang Zumal kongsikan khasiat madu bersama serbuk kayu manis.
Gigitan serangga
Ambil sedikit madu, campurkan bersama air panas dan satu sudu teh serbuk kayu manis. Kemudian letakkan pada bahagian yang gatal sambil menekan secara perlahan. Rasa sakit mulai hilang selepas 1 atau 2 minit. Insha Allah.
Selesema
Sekiranya kita mengalami selesema yang teruk, minum satu sudu madu panas dengan satu per empat sudu serbuk kayu manis selama tiga hari. Resepi ini dapat menyembuh bukan sahaja selesema tapi hampir semua jenis batuk yang teruk dan melegakan rongga hidung. Insha Allah.
Sakit perut
Minum madu bersama serbuk kulit kayu manis. Insha Allah ia dapat menyembuhkan sakit perut dan membersihkan kotoran dalam perut sehingga akarnya. Korang akan rasa ringan je.
Turun berat badan
Alhamdulillah beberapa hari nie Zumal campurkan madu dan serbuk kayu manis dengan air panas secawan setiap hari. Sekiranya amalan ini dilakukan secara konsisten ia dapat mengurangkan berat badan. Zumal berjaya turunkan sekilo je dalam beberapa hari nie. Kena maintain lagi amalan nie ia akan dapat menjaga pengumpulan lemak pada tubuh. Zumal amalkan pagi semasa perut kosong dan malam sebelum tidur. Mengikut apa yang Zumal baca, jika nak lagi baik amalkan juga setiap setengah jam sebelum makan. Nanti kongsikan hasilnya pada Zumal yer.
Lelah
Kajian menunjukkan kadar gula dalam madu lebih banyak kebaikan berbanding keburukan. Madu original tau. Madu tiruan tu adalah gula jadi bahaya digunakan. Mereka yang lanjut usia, bila amalkan madu dan serbuk kulit kayu manis, Insha Allah dapat memberikan badan yang lebih cergas. Insha Allah campuran ini sesuai mengubati lelah.
Ini sahaja perkongsian Zumal untuk korang, banyak lagi khasiat madu sebenarnya. Setebal novel boleh dikongsikan tapi lenguh Zumal nak taip. Lebih mudah dapatkan la buku yang Zumal review tu. Boleh rujuk setiap masa. Yang paling penting dalam perubatan Islam, korang kena yakin hanya Allah yang menyembuhkan kita. Benda yang kita guna pun adalah kurniaan Allah.