Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Tahun lepas Zumal buat keputusan paling besar dalam hidup dengan berhenti kerja dan fokus berniaga. Tahun 2016 nie Zumal sekali lagi ambil keputusan gila-gila.
Mesti ada yang nak tau keputusan apa kan? Tak ada? Takpe dengan tak malunya Zumal nak cerita juga k. Tahun 2016 nie Zumal tak lagi berniaga di kiosk. Fokus untuk memberi peluang kepada orang lain juga. Peluang untuk sama-sama berjaya. Zumal nak masa lebih bebas. Sebelum nie ingat berniaga secara konvensional nie lebih lapang. Lapang juga kerana tiada yang mengarah tapi masa untuk tok di rumah jadi macam kerja dulu juga. Tok tak sihat jadi Zumal kena selalu bersama tok. Siapkan apa yang patut. Keluar rumah bila ada keperluan atau appointment jer.
Alhamdulillah setelah Zumal cuba berubah angin kepada bisnes baru nie, masa lebih memihak kepada Zumal. Zumal hanya peruntukan masa yang panjang di rumah. Cuma pada hari Isnin dan Khamis guna masa diluar lebih sikit. Insha Allah suasana ini masih baru untuk Zumal moga tok pun faham.
Cuma bulan February nanti agak sibuk. Zumal harap sangat tok dikurniakan kesihatan yang baik. Zumal perlu bergerak jauh dari Perlis untuk membina bisnes baru Zumal. Semoga dipermudahkan urusan bisnes kali ini.