![]() |
WONDERFOOD MUSEUM PENANG |
Tanggal 31 Januari 2016 lalu, Komuniti Blogger Utara telah dijemput ke Wonderfood Museum Penang. Antara ahli Komuniti Blogger Utara yang berkesempatan hadir bersama ialah Arz, Pha Is, Cik En (Eintan), Lyana (Lady Yana), Zya (Miss Zyaroses), Yun Sing dan Zumal sendiri. Ada yang hadir bersama keluarga dan sahabat handai.
![]() |
Ais Kacang menjadi tarikan di pintu masuk |
Bila masuk ke dalam muzium ni kita akan jumpa kaunter tiket, di ruang legar muzium anda dihidangkan menu telur mata yang besar serta pelbagai menu makanan citarasa Malaysia di dinding.
Lepas bayar tiket je, anda akan dibawa masuk ke muzium diiringi krew muzium untuk memberi penerangan tentang bahan pameran. Menu pertama bila jejak masuk ke muzium adalah teh tarik dan mee goreng.
![]() |
Macam mana aksi kami buat teh tarik? |
![]() |
Tak macam goreng mee pun... |
Dalam ruang yang sama anda dihidangkan dengan pelbagai menu menarik yang bukan sahaja gambar tapi benda yang seakan realistik yang sangat kreatif dan mengagumkan tau.
![]() |
Menu kuih muih, nasi kandar, menu India, Melayu dan Cina |
![]() |
Suasana perayaan masyarakat India dan Cina |
![]() |
Bahagian ini ada beberapa set meja makan yang disediakan untuk bergambar. Kalau anda fokus pada hidangan ianya diberikan warna yang berbeza dengan makanan asal. Kredit : Zya |
![]() |
Menu Laksa Penang Gergasi |
![]() |
Zumal selfie depan Ais Kacang |
![]() |
Arz dan Pha Is bergaya seperti berurusniaga |
Di bahagian lain pula anda dipersembahkan dengan sejarah perniagaan makanan suatu masa dahulu. Ianya sekitar sebelum kemerdekaan dan di awal kemerdekaan. Ianya dipamerkan dalam bentuk boneka mini tetapi kalau anda fokus betul-betul pada barangan kecil tu ianya seperti yang real. Betapa telitinya mereka menghasilkan bahan pameran dalam muzium ini. Inilah hasil seni yang pertama kali Zumal lihat dihasilkan begitu kreatif dan teliti.
Zumal mengambil kesempatan untuk menikmati kuih ketayap, lompang dan buah melaka. Walaupun saiznya besar tapi rupa bentuk kuih nie tak nampak macam plastik tau.
![]() |
Cik En dan Lyana menikmati satay gergasi |
![]() |
Cik En dan Cik Puteri sedang menikmati durian |
![]() |
Menu disaluti emas |
![]() |
Harga burger emas dalam usd |
Bahagian berikut pula anda dihidangkan dengan menu diselaputi coklat seperti donut, aiskrim dan gula-gula. Kalau anda menghidu betul-betul gula-gula yang terlekat pada dinding ianya pasti mengingatkan anda kepada gula-gula mentos di kedai. Sama baunya. Rasa macam nak makan je.
![]() |
Cik En, Cik Puteri dan rakan-rakan Cik En |
Di bahagian ini pula , anda akan diterangkan tentang kandungan gula dalam setiap menu harian kita. Kebiasaannya kita dah tahu tapi adakah anda tahu had pengambilan gula bagi kita setiap hari mengikut jantina dan umur. Di sini anda akan didedahkan mengenainya. Oleh sebab itu anda wajib datang sendiri ke Wonderfood Museum Penang.
Sebelum mengakhiri penerokaan anda di Wonderfood Museum Penang, anda juga boleh membeli cenderahati menarik di Wonderfood Museum seperti fridge magnet, hair clip, kusyen buah-buahan, serta pelbagai cenderahati yang begitu menarik untuk dijadukan hiasan rumah anda.
Wonderfood Museum
49, Lebuh Pantai, Georgetown
10200 Pulau Pinang.
Contact Number
+604-251 9095
+6012-225 1968
+6012-299 1968
Masa Operasi
9.00 pagi - 6.00 petang
(Dibuka setiap hari termasuk cuti umum dan cuti sekolah)
Harga Tiket
Dewasa RM 25 dengan Mykad RM 15
Kanak-kanak RM 15 dengan Mykid RM 10
3-12 tahun
3-12 tahun
Warga Emas RM 10
Pelajar (Mykad & Kad Pelajar) RM 10
Kanak-kanak bawah 3 tahun percuma