Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Entri kali ini sebenarnya agak basi kerana dah lama berlalu. Pada 31 Januari 2016 lalu telah mencuba perkhidmatan KTM Komuter Sektor Utara. Untuk pengetahuan anda, tiket komuter tak boleh beli awal. Anda kena beli tiket pada tarikh anda ingin menggunakannya. Kaunter tiket di Stesen KTM Arau dibuka dari jam 5.30 pagi manakala perjalanan KTM dari Arau pula seawal 6.05 pagi. Semak jadual terbaru Komuter Sektor Utara DI SINI.
Pada pagi tu Zumal keluar rumah dalam jam 5.45 pagi selepas siapkan sarapan untuk tok dan makanan anak-anak meow. Dengan jarak 10km dan 6 traffic light yang perlu ditempuhi, Zumal memecut ke Stesen KTM Arau. Alhamdulillah sampai jam 5.51 pagi. Dapat tiket jam 5.53. Selamat komuter pun belum sampai dari Stesen Padang Besar. Ingatan Zumal, anda ambil la wuduk sebelum naik train nanti boleh solat subuh dalam train. Train masa tu sampai tepat pada masa. Orang pun tak ramai mungkin kerana hujung minggu.
Perjalanan cukup sempurna, Zumal sampai ke Stesen Butterworth pada jam 7.36 pagi. Cepat dan selesa. Bagi yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan komuter boleh semak jadual perjalanan DI SINI.