Dunia
Kau terbentang bagai permadani
Asalnya kau indah
Tak terperi
Laman hijaumu
Mendamai hati
Langit biru memayungi
Dihiasi pelbagai air mengalir
Menyejuk jiwa
Dunia
Kini tak seperti dulu
Bukan salahmu
Tapi
Tapi kerana tangan-tangan mereka
Mereka yang menghunimu
Tak puas dengan kurnia Ilahi
Masih
Masih lagi menodaimu
Merosakkan indahmu
Hanya kerana
Kau tak bersuara
Dunia
Aku tahu ia perit
Aku tahu ia pedih
Wahai manusia
Sudahlah
Hentikan seksaan pada dunia
Satu hari buruk padahnya
Ingatlah
Dunia untuk kau
Hanya sementara
Nukilan : Dunia Zumal