Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Impian. Zumal macam korang juga ada impian. Tapi impian Zumal bukanlah untuk jadi kaya raya, jutawan atau hidup macam raja. Impian Zumal hanyalah kebebasan.
Walaupun ada sahabat blogger anggap Zumal hidup macam bebas kerana tak fikir bebanan tugas, tak tension. Silap tu, Zumal yang tak bekerja macam ni lebih tension dari korang tau. Itu la antara perbualan whatsapp dengan JP masa CNY hari tu.
Pada korang nampak memang la macam Zumal banyak rest sebab tak kerja. Rest pun ada sebab. Macam Zumal jelaskan pada Zaim Zero dalam facebook hari tu sakit Zumal rasa ni macam kaki Zumal sedang digilis kereta api yang panjang. Fuh tak dapat bayang kot. Kalau arwah tok wan ada, mesti dia tanya pernah rasa ka? Dulu Zumal selalu guna ayat sakit macam nak mati. Tok wan tanya dah berapa kali hang mati??? Hehe...
Sebenarnya apa yang terlihat di mata tu tak sama apa yang sedang difikir oleh yang menggalas beban tu. Memang la beban tak ada batu digalas. Sebabnya kita tak tahu atau belum matang berfikir sebab tu terjebak. Salah sendiri juga.
Walaupun tak kerja hutang kena fikir macam mana nak bayar. Itu la yang Zumal bualkan dengan JP tempoh hari. Makan pakai kena fikir sebab Zumal masih bernafas. Kalau mati pun nanti beban pada orang lain juga sebab hutang banyak.
Alhamdulillah hadir insan-insan positif yang memberi jalan macam mana Zumal nak settlekan segalanya hanya dengan kerja sambil-sambil ni selain buat blog. Syukur sangat. Moga Allah melimpahkan rezeki buat beliau dan keluarganya. Amiin...
Zumal dengan JP pun ada planning lain nak berniaga dan bila dah stabil dan settle segalanya kami nak tour satu Malaya, kalau diizinkan Allah maybe 1 dunia. Kan JP kan? Moga hasrat kami termakbul...