Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Kepada rakyat negeri Perlis bersempena kehadiran YAB Datuk Seri Najib Tun Razak (Perdana Menteri Malaysia) ke Negeri Perlis pada 13 Mac 2018 (Selasa) dan bersempena Majlis Perasmian UTC Perlis akan diadakan sesi temuduga terbuka dan pameran kerjaya di UTC Perlis pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Bagi pencari kerja, bolehlah berkunjung ke UTC Perlis bersama resume dan berpakaian kemas untuk sesi temuduga terbuka tersebut. Dianggarkan melebihi 20 syarikat atau agensi yang bakal menawarkan peluang jawatan kosong.
Sempena majlis tersebut pihak JPJ mengesyorkan rakyat Perlis yang hendak ke UTC pada hari tersebut menggunakan bas yang bakal ditempatkan di Komplek DUN bagi penduduk Parlimen Kangar, di ILP Kangar bagi penduduk Parlimen Arau dan di Komplek Sukan Negeri bagi penduduk Parlimen Padang Besar.
Semoga segala urusan anda dipermudahkan. Sekian.