Quantcast
Channel: Dunia Zumal
Viewing all articles
Browse latest Browse all 681

BILA ADA PHD

$
0
0

Assalamualaikum dan Salam Jumaat semua. PHD. Tak pernah terlintas pun bagi Zumal untuk melanjutkan pelajaran sampai PHD. Sebab master pun tertangguh walaupun universiti dah terima proposal untuk buat master beberapa tahun lalu. Tapi tak kuat nak teruskan. PHD tu Zumal maksudkan mengenai Penyakit Hasad Dengki.

Maybe ada orang anggap Zumal ni ada PHD terhadap sesuatu. Misalnya bisnes misalnya yang jualan bertingkat-tingkat tu. Tak dengki pun dengan bisnes kawan-kawan cuma Zumal ingin sampaikan status tu buat beberapa makhluk tuhan je. Sememangnya Zumal dah mendaftar suatu ketika dulu. Niat hati tak nak sambung dah. Dia sebagai upline pergi bayarkan pula keahlian untuk tahun ni. Lepas tu nanti ada duit dia kata bayar. Geram betul.

Sebenarnya syarikat tu jenis PHD juga dengan syarikat pesaing. Sentiasa memburukkan marketing plan orang lain, produk orang lain tak bagus. Macam dalam dunia ni syarikat tu je betul. Betul tu sebab syarikat tu ada kepentingan dalam negara ni. Jadi semua betul la kan. 

Zumal tak beritahu tak minat sebab dah lama join. Dah lama usaha. Tapi kemampuan tu tak ada. Macam Zumal cerita dulu la. Habis duit dengan program dorang anjur jer.

Zumal tak dengki dengan bisnes tu tapi syarat dorang kepada ahlinya macam kuno tau. Di zaman serba moden ni larang ahli promote barang kat media sosial. Ape kes! Bukan semua orang ada kebolehan jadi salesman jalan sana sini jumpa orang. Kan???

Bukan dengki tapi memang ada ahli yang pangkat besar buat je iklan di media sosial jadi tak adil la kepada orang lain. Nak Zumal buat kena ikut peredaran zaman la. Hehe...

Lagi satu sejak akhir-akhir ni ada golongan berjawatan penting mula membawang tentang produk kesihatan itu ini dalam pasaran. Memang tak dinafikan ada yang betul dan ada bersifat dengki. Yer dengki dengan bisnes orang. Awak-awak gaji mahal tak pe la yang mereka yang lain cari rezeki dengan bisnes tu. Awak hancurkan periuk nasi orang tau. Walaupun ada D depan nama awak tapi awak bukannya tuhan. Kena ingat tu.

Ok la Zumal tak dengki tau just tak nak orang lain dimanipulasi macam Zumal kena jer. Bye bye...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 681