Quantcast
Channel: Dunia Zumal
Viewing all articles
Browse latest Browse all 683

SERAM

$
0
0


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Seram tak? Seram tak tengok gambar zumal tu. Hehe maaflah kalau ianya menyeramkan.


Sebenarnya ada yang lebih seram zumal rasa sejak akhir-akhir ini. Seram disebabkan perangai kengkawan zumal. Zumal ni kawan dalam pelbagai peringkat umur, ada yang muda, ada yang sebaya dan ada yang lebih senior.


Baik yang muda, sebaya dan senior tu ada kelaku yang zumal seram. Iaitu suka recommendkan zumal kat kawan-kawan depa. Tau la zumal still bujang yang tak tau sampai bila. Kebanyakkan depa tu memang tau la zumal ni tak ada insan-insan special tu. Depa ni stalker berwawasan la kiranya memang tau orang yang pernah zumal kawan dulu dah ada orang lain cecepat je depa masuk tanya. Adoi...


Tak dinafikan mungkin dengan cara tu timbul jodoh. Tapi entah la sejak pernah putus cinta entah berapa kali, putus harapan pun banyak, putus tunang pun pernah segalanya buat zumal seram. 


Lebih seram yang direcommend tu buat kita macam dah kenal lama. Ayat-ayat pun jadi seram. Pastu segalanya dalam social media yang personally zumal tak kenal pun. Kalau dah lama kenal walaupun kat social media tak kisah la tapi kalau satu jam kenal dah lain macam. Seram kot. Nak tolak atau terima pun zumal takut tau. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 683