Quantcast
Channel: Dunia Zumal
Viewing all articles
Browse latest Browse all 683

ARAU STREET ART

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Pada hujung minggu lepas sehingga semalam famili zumal datang berkunjung ke Perlis. Mai tengok anak dia yang tak sihat ni. Tapi bila dorang sampai Perlis, orang sakit tak boleh rehat kena jadi pemandu pelancong. Dah jadi kebiasaan sesiapa pun dalam keluarga kami kalau datang ke Perlis, Zumal akan jadi tour guide dorang. Zumal akan cerita tempat makan baru, kedai-kedai baru buka, tempat beriadah dan apa saja termasuk ada sesiapa yang tak sihat untuk dikunjungi.

ARAU STREET ART 

Hari Isnin lalu famili zumal ajak ke Jitra melawat Pak Long di sana. Dalam perjalanan dari Kangar, kami singgah di MDEX kedai gadget yang baru di buka di Arau pada 19 April 2018 yang lalu. Kebetulan pula dinding bangunan sebelah MDEX ni telah dijadikan Arau Street Art. Arau Street Art ini dibuat oleh Pasaraya Cmart iaitu shopping complex yang terbesar di Arau tu.

Arau Street Art ni kecil sahaja, ianya menggambarkan tempat menarik di Perlis seperti Tasik Melati, Gua Kelam, bukit-bukau, stesen keretapi Arau dan dinding bertentangannya bertema P. Ramlee. Dalam tema P.Ramlee dilukis gambar Sarjan Hassan, Pendekar Bujang Lapok, dan lain-lain. (tak ingat sebenarnya)

selfie tak berseni

stesen Arau masa dulu

Tasik Melati

ayah, mama dan cucunya

Zumal ambil gambar sikit jer. Adik dengan anak dia je bergambar sakan kat sini masa zumal tengah usha barang di Mdex. Kalau korang nak bergambar di sini, lokasinya adalah sebelah Mdex dan kedai serbaneka (tak ingat la) tapi kalau korang tahu KFC Arau atau Pizza Hut ianya kat sekitar tu jer. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 683