Quantcast
Channel: Dunia Zumal
Viewing all articles
Browse latest Browse all 683

PROJEK KERAJAAN LALU DI PERLIS DARI KACA MATA SEORANG RAKYAT

$
0
0
Image result for perlis



Negeri Perlis merupakan negeri yang terkecil di Malaysia. Ia terletak di utara Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan Provinsi Satun dan Songkhla, Thailand di sebelah utara, dan Kedah di sebelah selatan. Perlis pernah dipanggil Palit(Bahasa Thai: ปะลิส) dalam masyarakat Siam ketika Perlis pernah berada dibawah pengaruh Siam dahulu. Lihat peta lokasi di Google Maps. Perlis menjadi sebuah negeri yang berdaulat pada 20 Mei 1843 apabila Siam melantik Syed Hussain Jamalullail sebagai Raja Perlis. Bermula dari tarikh itu, Perlis yang asalnya sebuah daerah jajahan Kedahbertukar menjadi sebuah negeri naungan yang berdaulat.

Pada tahun 2000, jumlah penduduknya dianggarkan seramai 198,335 orang, dengan pembahagian etnik: Melayu (166,200 atau 78%), Cina (24,000 atau 17%), India (3,700 atau 2%), lain-lain (5,400 atau 3%), dan bumiputera lain (600 atau 0.3%). Sumber: Wikipedia

Kali ini zumal bukanlah nak bercerita tentang sejarah atau geografi Negeri Perlis. Seperti yang semua tahu, setelah PRU yang lalu Perlis telah menjadi sebuah negeri pembangkang dengan mengekalkan tampuk pemerintahan di bawah Barisan Nasional (BN). Tahukah anda semua, sejak Zumal hidup di Negeri Perlis ini sudah banyak Zumal melihat drama politik di Negeri Perlis. Walaupun sejak dulu dibawah BN tapi Perlis terbahagi kepada 2 kumpulan. Satu kumpulan adalah pengikut setia seorang menteri di Putrajaya dan satu kumpulan pengikut menteri besar yang dipilih oleh DYMM Tuanku Raja Perlis. Menteri besar di Perlis bagaikan hanya boneka tanpa kuasa. Kuasa hanya pada menteri di Putrajaya.

Berbalik kepada projek yang dijalankan dan hendak dijalankan atau dibangunkan oleh kerajaan lalu. Zumal melihat ianya hanya drama untuk kekalkan undi terhadap mereka sebaliknya projek itu sekerat jalan, tak buat langsung dan ada separuh jalan. 

UTC, pusat tranformasi bandar yang gah dibangun seluruh negara. Kebanyakkannya mengguna semula bangunan lama milik kerajaan atau terbengkalai. Di Perlis ia dibangunkan di sebuah rumah kedai yang baru siap kemudian dipecahkan dan dibina semula menjadi UTC. Sedangkan di Perlis ada juga bangunan terbiar yang ditinggalkan oleh UniMAP kerana mereka telah berpindah ke kampus tetap. Pada pandangan zumal ianya hanya sebuah pembaziran besar. Tersangat la besar. Untuk pengetahuan anda, jabatan dan agensi kerajaan yang ada di Perlis sudah pun berada di sebuah kompleks yang semua ada di situ. Lokasinya juga di dalam bandar Kangar cuma bangunannya telah usang. Tapi ada jabatan yang mengubahsuai menjadi lebih cantik. Selain itu Perlis juga ada Wisma Persekutuan, awal pembinaan banyak agensi di situ tapi akhirnya masing-masing bina bangunan sendiri dan akhirnya Wisma Persekutuan pun hampir kosong. Suatu masa nanti apa yang hendak dilakukan di bangunan-bangunan yang terbiar ini? Buat pergambaran cerita hantu mungkin? Kemudian apabila wujud UTC ada agensi pindah terus ke UTC dan bangunan lama mereka tinggal kosong juga. Itu la yang zumal nampak sangat ianya dibuat sekadar untuk dapat undi dan menjadi salah satu isi untuk mereka lakukan kempen.

Selain itu, bajet yang dibentangkan DSN tahun lepas untuk membina tiga buah Pusat Aktiviti Warga Emas di Perlis. Zumal sendiri pernah menjadi penyelia di pusat tersebut. Ianya dibina untuk kemudahan warga emas di Perlis. Pusat Aktiviti Warga Emas ini diwujudkan di seluruh negara bagi memudahkan anak-anak yang bekerja menghantar ibu bapa mereka di pusat tersebut pada waktu kerja agar warga emas itu lebih terjaga dan selamat, juga tidak sunyi di Perlis. Untuk pengetahuan semua selama zumal bertugas di sana, zumal terpaksa mencari warga emas untuk jadi ahli pusat tersebut kerana ia bagai projek gajah putih sahaja. Apabila zumal dah cari ahli hampir setiap kawasan di Perlis pun tiada orang pergi kalau buat 3 buah di Perlis, siapa lagi yang nak pergi. Anda bayangkan? Satu pusat dibina dengan peruntukan anggaran RM80k. Kalau tak buat jimat la RM80k tu. Kalau buat, kerajaan terpaksa keluarkan bajet lain untuk mengurus pusat tersebut. Sebagai contoh RM33k setahun untuk kos operasi. Kalau tak buat kerajaan dapat jimat RM33k. Bayangkan kalau ada tiga pusat lagi. Hampir RM100k setahun perlu dibuang ke situ sahaja. 

Selain itu projek-projek bandar baharu dan shopping kompleks dirancang, ianya sekadar rancangan tapi tiada sebarang langkah susulan untuk meneruskan pembinaannya termasuklah Hospital Padang Besar, Kangar City Centre dan projek TH di Kuala Perlis. Oleh kerana ini juga la zumal ubah haluan untuk memilih Pakatan Harapan tapi ianya tak berjaya menang di seluruh Perlis. Hanya kawasan bandar di dalam Parlimen Kangar sahaja berjaya dikuasai PH. Semoga 5 tahun lagi rakyat Perlis sedar...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 683