Quantcast
Channel: Dunia Zumal
Viewing all articles
Browse latest Browse all 683

ADA APA DI PERLIS?

$
0
0
Lokasi di IKM Beseri

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Kali ni zumal nak kembali bercerita tentang negeri kesayangan zumal iaitu Perlis.

Di Perlis ni kalau korang hidup dengan menyewa pasti korang akan rasa sama ja macam tinggal kat bandar besar sebabnya kos sewa rumah di Perlis sama macam kat Penang dan KL. Sewa rumah teres boleh cecah RM1k. Rumah  rumah di Perlis ni jarang la jumpa bawah RM200k. Teres pun RM200k ke atas. Sekitar UiTM Arau tu ada rumah cecah RM2 juta yer.

Macam tu juga kalau nak berniaga. Tempat yang strategik kos sewa kedai mahal gila. Kalau nak kira berdasarkan keluasan tapak rasanya memang gila. Kedai kecil dari RM1500 sebulan. Macam di dalam Giant Perlis kos sewa kiosk saja pun dah RM3000. Sewa rumah kedai yang besar bermula dari RM3000 mengikut tempat. Kadar sewa murah adalah untuk kedai yang buruk-buruk macam tempat zumal sewa. Tempat tak ada walk in customer.

Tak hairan la kalau di Perlis ni ada nama kawasan perumahan seakan bandar di KL misalnya Seri Hartamas, Putra Height, Putra Utama, Saujana Idaman dan lain-lain. Sebabnya kos korang nak hidup kat situ sama macam KL jer. Mungkin kerana jarak antara lokasi ke lokasi lain di Perlis tak jauh maka rakyat tak la terbeban sangat.

Makanan di Perlis? Harganya memang sakit jiwa la. Nasi Goreng antara RM6.00 - RM8.00 yer. Nasib la wujud juga nasi ganja dan nasi ekonomi yang harganya dari RM4.00. Alhamdulillah.

Perlis ni terlalu banyak projek pembinaan rumah kedai. Selalunya kedai yang dah siap mesti korang tak sempat beli sebab ada vvip tangkap dulu dan korang akan jadi mangsa keadaan jer terpaksa beli atas tangan vvip tu pada harga lebih tinggi. Kekadang vvip tu tak beli pun cuma syarat di Perlis macam tu, nak kaya mudah. Vvip di Perlis hidup makan atas angin jer. Dulu projek pembinaan U terkenal di Perlis tu hanya nak kenyangkan vvip jer. Sebab U tersebut akan sewa premis yang dimiliki oleh vvip tertentu. Sebab tu juga kampus tetap U tersebut dilengahkan siap agar dorang kenyang makan duit sewa.

Sekarang bila U tersebut dah masuk ke tapak kampus tetap, kesan tinggalan mereka just jadi sarang mat gian dan tempat hantu berumah tangga. Maybe hantu tu depa bela juga kan.

Tengok la apa nasib Perlis setelah jadi pembangkang. Walaupun lebih kecil dari Melaka, Perlis tak ada sumber ekonomi yang kukuh. Tak ada projek yang berdaya saing untuk jana ekonomi sendiri. Sentiasa harap ehsan kerajaan pusat. Pelancong yang datang pun sehari pusing dah habis senegeri tak ada taman tema macam negeri lain untuk pelancong duduk lama. Persisir laut yang ada pun tak sorang pun nak buat perkhidmatan sewa bot pusing-pusing kat laut tu macam kat tempat pelancongan di negeri lain walaupun Perlis ada ikan lumba-lumba yang boleh dijadikan aset penting pelancongan. Mereka hanya tunggu duit kerajaan bagi jer sedangkan mereka mampu jana ekonomi sendiri. Tapi minda tak terbuka.

Kesian dengan mentaliti masyarakat di Perlis ni. Bangga dengan harumanis saja itupun sebab kerajaan kawal harga. Nasib la zumal tinggal di Perlis tak menyewa. Kalau tak rasanya tak tinggal di Perlis pun.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 683