Nasi campur!
Nasi campur!
Nasi campur!
Suasana malam di Kolej Bukit Kachi menjadi riuh dengan pekikan seorang pelajar yang berniaga dari bilik ke bilik di Kolej Bukit Kachi Universiti Utara Malaysia, Sintok. Dia mengambil inisiatif untuk menjual lebihan nasi dan lauk pauk di cafe kerana berasa sayang jika ianya dibuang begitu saja. Pada permulaan perniagaan agak kurang sambutan dari pelajar yang menginap di kolej tersebut. Lama kelamaan dia telah mempunyai beberapa pelanggan tetap untuk menikmati nasi campur yang dijajanya.
Selalunya dia akan berulang-ulang naik tangga dari blok ke blok kediaman lelaki. Tiga blog setinggi 5 tingkat dilalui hingga habis stok nasi campur yang dijajanya. Setelah habis menjaja, dia singgah di bilik rakan sekuliah. Sama ada bilik Faizul ataupun Zaim. Kekadang bermalam di situ jika mereka tiada roommate. Bilik sendiri di Kolej Yayasan Al Bukhari hanya sekali sekala dijejaki sebab selalunya kolej itu sering hadapi masalah air.
Setiap pagi pelajar tersebut akan ke cafe untuk memasak nasi sehingga 20kg beras untuk ditinggalkan kepada taukenya memulakan perniagaan. Paling awal dia memasak dalam pukul 5.00 pagi semasa rakan-rakan lain masih dibuai mimpi. Di samping nasi, dia juga sediakan lauk seperti telur goreng, ayam goreng berempah, telur masak kicap, telur masak sweet sour dan beberapa jenis lauk mudah untuk disediakan.
Selalunya kuliah pagi bermula jam 8.00. Selalu kena denda sebab datang lewat. Al maklum la macam-macam kena masak. Tapi dia tak kisah pun sebab terpaksa cari rezeki demi sesuap nasi. Dia tak mahu tok wan dan tok susah hati nak bagi duit belanja. Dia dapat ptptn tapi terkena dengan jerat kononnya ada skim mudah untuk pelajar beli laptop. Tahun 2004, laptop mahal gila, 4-6k harganya. Bayar muka rm900 sampai ke sudah laptop tak dapat-dapat. Pejabat urusan jual beli tu pun dah tutup. Itulah ptptnnya dicurahkan. Dia kesal. Mudah kena tipu, mudah kena buli.
Habis kuliah, sambung membantu jurulatih kokurikulumnya di cafe. Dapat la makan percuma pagi, tengah hari dan malam. Upahnya RM10 je tau. Hmmm, dapat makan pun tak apa la.
Semester seterusnya terkena lagi. Masa pergi study di Perpustakaan Sultanah Bahiyah, ada promosi Linguaphone. Untuk belajar Bahasa Inggeris. Harga pakej RM2500. Mulanya tak berminat pun. Kali ketiga terserempak, rasanya macam tersetuju nak ambil. Tapi entah macam terpukau pun ada. Sedar-sedar dah buat down payment RM500.
Setelah itu mula la kisah sedih bajet nak hidup kat kampus tak cukup. Nak mengadu pada siapa? Sering jadi mangsa. Dia itulah Zumal.
Masa tu kaki kuat, badan sihat tapi hidup dikejar masalah itu ini. Sekian sahaja kisah hidup insan yang sangat bodoh...