Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Setelah lama menyepi nie rasanya Zumal perlu buat sesuatu. Apa tu? Bukan bisnes tapi nak kongsikan ilmu sedikit di samping peluang untuk korang. Memang bukan niat nak promote bisnes tapi serba sedikit akan terarah juga pada bisnes.
AFFILIATE
Pernah dengar tentang affiliate? Ala newbie macam Zumal pun tahu inikan pula korang para otai tu yer. Siapa kat sini join affiliate? Mesti ramai kan? Kalau korang blogger dah tentu ada yang join kan? Zumal kenal affiliate nie sejak berkecimpung dalam dunia blogger tapi tak tahu pula sebelum nie bisnes yang Zumal buat pun ada ciri-ciri affiliate tu.
MAKSUD AFFILIATE
Bagi korang yang newbie macam Zumal dah tentu tercengang dan terpinga-pinga apa affiliate tu. Jom Zumal terangkan apa itu affiliate. Secara ringkasnya Affiliate ni merupakan salah satu teknik memasarkan dan mengiklankan produk di internet. Program Affiliate ialah apabila korang menjadi orang tengah (agen) mempromosikan produk orang lain melalui link affiliate dan akan mendapat komisen dalam jumlah tertentu jika ada orang membeli produk tersebut melalui link affiliate korang.
Affiliate nie bermacam-macam jenis ada yang free dan ada yang berbayar. Pandai-pandai la korang pilih yang mana yang berkenan di hati. Semuanya bagus. Semua bergantung pada pembawaan kita juga. Pandai promote, masyuk la poket korang. Gitulah ceritanya.
BEZA AFFILIATE DAN DROPSHIP
Zumal cerita tadi affiliate nie jadi agen kan? Ingat tak? Tak ingat??? Baca balik maksud affiliate kat atas tu. Kalau agen maksudnya sama la dengan dropship kan??? Sama sebagai agen ja tapi tak serupa pun. Kenapa Zumal kata begitu?
Dropship korang kena promote barang tertentu dan korang yang kena urus proses dengan jual beli dengan customer kan? Korang kena tau barang tu camna, harga, stok dan lain-lain berkaitan barang tersebut. Kiranya dari A sampai Z korang lakukan sebelum dapat jual produk tu.
Beza pula dengan affiliate. Affiliate korang hanya perlu tahu asas produk je. Paling tidak pun tahu barang apa yang korang promote tu. Korang hanya share link affiliate korang pada umum. Orang tu minat dia akan klik dan tengok. Proses jual beli diuruskan oleh pemilik produk sendiri. Korang hanya dapat komisen bila jualan berlaku. Dan korang mungkin tak tahu pun siapa yang beli tapi just dapat komisen. Korang tak perlu tanya stok, alamat customer dan apa-apa berkaitan customer tu. Itulah beza affiliate dan dropship.
Mana yang mudah??? Dah tentu semua jawab affiliate kan... Ya. Affiliate ada peluang bisnes yang cukup mudah. Daftar, promote dan terima hasil.
AFFILIATE PILIHAN
Macam yang Zumal nyatakan tadi. Zumal sekadar nak kongsikan ilmu tapi akan terarah kepada bisnes juga. Lagi pun perkara baik kenalah berkongsi. Nanti orang cakap kita kedekut ilmu. Selama berkecimpung dalam dunia blogger ini hanya ada beberapa jenis affiliate je yang Zumal join.
Pertama sekali yang Zumal sertai adalah advertorial.my. Sebabnya advertorial.my nie lebih dekat dengan seorang blogger. Selain sebagai affiliate ia juga mempromosikan advertorial di blog Zumal. Alhamdulillah, walaupun berbayar Zumal dah dapat income ratusan ringgit dari program ini. Korang yang belum tahu boleh la terjah pada entri INI.
Tahun ini lebih banyak affiliate yang menarik minat Zumal. Kenapa? Sebabnya ianya percuma semasa dikenalkan pada Zumal. Tapi ianya mengenai bisnes tudung. Walaupun orang lelaki tak pakai tudung sekurang-kurangnya kita menggalakkan para muslimah menutup aurat. Tak gitu??? Antara affiliate itu adalah tudungsicomel.com dan Simplehijab. Untuk ketahui tentang tudungsicomel.com boleh klik SINI dan SINI. Manakala untuk ketahui tentang Simplehijab boleh terjah link INI.
Alhamdulillah dalam minggu ini Zumal terjumpa lagi bisnes affiliate yang hebat. Hebat macam mana? Hebat sebab tak perlu bayar juga. Disebabkan masih baru, Zumal belum cukup mahir menerangkannya. Jadi korang boleh baca selanjutnya DI SINI.
Semoga apa yang Zumal kongsikan memberi manfaat untuk semua di samping memberi peluang untuk korang turut sama memcuba. Salam maju jaya dari Zumal.