Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Isnin yang lalu zumal cuba berniaga di lokasi baru. Zumal keluar dari rumah sebelum 7.00 pagi untuk ambil barang di kedai dan tiba di lokasi Nat Balai Baru dalam jam pukul 7.32 pagi.
Nat Balai Baru terletak berhampiran Balai Polis Beseri. Lokasi ni ada nat a.k.a pasar pagi 3 kali seminggu iaitu hari Isnin, Rabu dan Sabtu. Kebetulan pada Jumaat lalu kawan zumal beritahu ada tapak kosong disebelah beliau. Zumal pun cuba la. Sengkek sangat dah tau. Maklum la tetiba kena tanggung 3 kepala.
Sengkek gila, masa tu dalam poket ada cuma RM5.00 jer. Sebab hari Ahadnya jualan zumal hanya RM40.00, isi minyak dan beli makan tinggal RM5.00 jer. Risau kalau tak laku jualan hari tu. Sebab zumal tak tahu berapa caj tapak kat pasar tu. Nasib la caj tapak cuma RM3.00 pagi tu. Jualan pun tak ada lagi.
Apa pun kita dah berusaha, berdoalah agar Allah kurniakan rezeki. Alhamdulillah walaupun sepanjang pagi tu hujan sangat lebat tapi ada seorang hamba Allah beli kasut. Dapat la RM50. Sarapan pagi tu pun zumal tak beli tapi tetiba ada 3 sahabat beli sarapan kongsi dengan zumal. Tak minta tapi entah tiba-tiba muncul beberapa orang kongsi rezeki depa. Syukur sangat.
Semoga ada rezeki lagi di hari-hari berikutnya...