Quantcast
Channel: Dunia Zumal
Viewing all articles
Browse latest Browse all 681

TERUS MELANGKAH

$
0
0


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Terima kasih kerana hampa semua tak lupakan zumal dan blog ini. Terima kasih juga kepada rakan-rakan baru yang sudi follow blog zumal.

Kali ini zumal masih berkongsi kisah personal yang mungkin ada yang muak dan Alhamdulillah ada memberi moral support. Terima kasih yang tidak terhingga buat hampa semua.

Alhamdulillah zumal masih lagi dapat teruskan perjalanan di bumi Allah ini. Walaupun kekadang perjalanan hidup zumal penuh suspen macam komen Mr Hanafi dalam entri lalu. Memang suspen sebab zumal memang tak tahu apa yang bakal berlaku. Hanya doa yang mampu zumal panjatkan selain usaha yang zumal lakukan. 

Syukur, berkat usaha zumal akhirnya Allah hadirkan insan-insan yang pemurah datang membeli barang jualan zumal. Semalam zumal dah tengok dalam dompet dah tak ada duit besar selain duit kertas merah dan hijau, tetiba seorang sahabat telefon nak datang tengok kasut. Alhamdulillah beliau membeli dan ada juga rezeki zumal dan adik serta anak menakan.

Kekadang tu rasa perit. Pernah terlintas biar la zumal pi makan sorang-sorang sebab bajet tak cukup tapi zumal tak mampu lakukan kekejaman tu. Hehe Alhamdulilllah la zumal berjaya elak bisikan syaitan tu.

Berniaga sekarang tak seperti dulu, benda yang dijual pun kena turunkan harga demi sesuap nasi. Apakan daya, redha je la dengar takdir Allah.

Sebelum ni terlintas di fikiran zumal 'kalau la... itu ini' , 'kalau la... macam tu macam ni' Tapi setelah rakan zumal nasihatkan semua tu tak baik semacam kita menyalahkan suratan takdir yang dah tertulis buat kita. Khutbah Jumaat minggu lepas juga tentang tajuk yang sama. Alhamdulillah zumal tak akan menyalahkan takdir yang dah tertulis untuk zumal. Kerana jika kita berbuat demikian, kita akan mengundang hasutan syaitan.

Zumal sekarang duduk di kedai sampai malam bersama adik dan anak menakan disebabkan di rumah dah bergelap. Balik rumah hanya untuk tidur. Kasihan juga dekat anak menakan zumal tu. Dah 3 minggu lebih macam ni. Semoga mereka mampu bertahan. Kenapa bergelap? Tentu la sebab tak ada elektrik. Hehehe. Kena potong. Sebabnya, salah zumal sejak 2011 dulu. Kerana ikut cakap orang. Tapi tak nak la kalau, kalau lagi. Maybe itu telah ditakdirkan.

Harap-harap zumal dapat terus melangkah melalui pelbagai dugaan ini. Terima kasih atas doa rakan-rakan semua...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 681