Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Seperti kebanyakan rakan-rakan blogger tahu, Zumal ni berniaga barang-barang lama, antik dan terpakai. Pelbagai cabaran dan dugaan muncul dalam perniagaan Zumal ni. Kedai Zumal bersama kawan Zumal pun dah ditutup. Sekarang perniagaan kami tertumpu di Nat Pokok Getah sahaja, dan selepas ini kami akan berniaga di pasar karat UTC Perlis pada setiap Sabtu bermula 24 November ini. Pasar karat UTC Perlis ini akan beroperasi dari jam 5.00 petang hingga 10.00 malam. Kalau berminat duit lama kami akan bawa pada setiap Sabtu.
Tapi dalam entri kali ini bukannya Zumal nak mengeluh pasal bisnes barang lama Zumal tu tapi Zumal nak memperkenalkan kedai online Zumal yang diberi nama Pasar Karat Malaya. Ianya boleh dijejaki di pasarkaratmalaya.blogspot.com
Dalam Pasar Karat Malaya ni Zumal akan update dari semasa ke semasa stok barang-barang lama yang ada. Kemungkinan info berkaitan barang-barang lama juga akan diceritakan bersama untuk pengetahuan lebih lanjut tentang barang-barang tersebut. Semoga peminat barang-barang lama dapat info sebaiknya di sana. Sekian terima kasih atas sokongan anda semua.