Quantcast
Channel: Dunia Zumal
Viewing all articles
Browse latest Browse all 683

CASTELLA CAFE - CAFE UNIK DI GERIK

$
0
0

CASTELLA CAFE

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Selasa lalu lepas Team Travelogue Malaysia check out dari Belum Rainforest Resort, kami berkesempatan singgah di Castella Cafe untuk menikmati makan tengah hari.

Mesti korang tertanya-tanya apa yang unik di Castella Cafe ni? Castella Cafe ni tempat makannya di dalam sungai tau. 

Inilah gambar masa kami nak menjamu selera hari tu

Air sungai ni sampai ke paras lutut tau (bagi yang katik)


Selain keunikan tempat makannya di dalam air dah tentu menu makanannya yang menjadi daya penarik korang untuk ke Castella Cafe ini. Castella Cafe menawarkan menu tradisi tetapi dengan cara yang berbeza. Misalnya makanan di sini dihidangkan di dalam buluh. Bila letak makanan dalam buluh aromanya lain tau. 

Ulam-ulaman dan ikan masak lemak dihidang dalam buluh
Lauk dihidang dalam buluh tapi nasi pula dimasak menggunakan buluh. Aroma nasi tu buat kita makan bertambah-tambah tau. Kalau nak menjamu selera di sini sila lupakan seketika teng diet yer.

Inilah nasi yang dimasak menggunakan buluh
Jom makan
Pakej makan-minum di Castella Cafe ini amat menjimatkan dan sesungguhnya berbaloi untuk wang korang. Sebabnya rasa keenakan menunya sangat luar biasa. Ikan pula fresh dari Tasik Banding sendiri. 

Menu yang menggoda nafsu
Masa kami menjamu selera hari tu, set trapia diberi untuk dicuba. Zumal suka ikan talapia bakar, ikan masak lemak, ulam jantung pisang dan sambalnya fuh sempoi habis. Memang menu kena dengan tekak orang kampung macam Zumal ni. Rakan-rakan media dari KL pun berselera makan di sini. 

Selain menjamu selera korang juga boleh menginap di sini. Ada chalet disediakan. Paling best harganya termasuk makan yang amat berbaloi. Rasanya nanti boleh datang bercuti dan bersantai di sini.

salah satu chalet di Castella Cafe

Anjung chalet view sungai

Di sini juga terdapat campsite untuk percutian lebih adventure
Kalau korang sini, korang boleh bergambar dengan musang yang jinak nie
Kalau nak datang ke Castella Cafe, korang boleh la buat tempahan dengan menghubungi Tok Janggut di 011-2050 3454 atau pun boleh rujuk di facebook Castella Cafe untuk sebarang info.

Travelogue Perak ini dibawakan khas kepada anda oleh kolaborasi antara Borakkita Media / Travelogue Malaysia dan The Influenzas Team disokong oleh EMKAY Group. Terima kasih untuk penaja utama kami – Belum Rainforest Resort dan Aidil Travel & Tour serta tak lupa juga Castella Cafe.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 683