Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sebagai peniaga mainan Zumal sentiasa ikuti trend semasa atau apa yang tengah trending. Pada awal berniaga Zumal start jual lego figura iron man. Memang laris sebabnya masa tu filem iron man pun tengah trending.
Fantastic 4
Sekarang time Fantastic 4 trending. Jadi kali nie misi mencari lego Fantastic 4 pula. Bila filem dah keluar, budak-budak sure dah terpengaruh kan? Rasa macam kena merantau sampai KL dalam misi mencari Fantastic 4 tu. Tapi ada ke?
Watak-watak figura Marvel memang laris. Sebelum nie ada orang cari Thor, X-Men, Spiderman, Hulk dan macam-macam Zumal tak jangka.
Kekadang terfikir kalau nak jual figura nie, apa lagi selain lego. Ade ke? Ada cadangan korang? Kalau suit Fantastic 4 rasanya tak termasuk kategori mainan dah. Nak cari fantastic 4, fantastic 4. Nak tengok juga fantastic 4 tu...