Quantcast
Channel: Dunia Zumal
Viewing all articles
Browse latest Browse all 683

PERJALANAN KINI LEBIH SELESA DENGAN ETS BUSINESS CLASS

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Kali ini Zumal ada berita gembira buat penggemar perkhidmatan rel. Malaysia kita sememangnya kaya dengan pilihan perkhidmatan rel terutamanya Komuter, Monorel, Erl, dan banyak lagi la.

ETS BUSINESS CLASS


Tahukah anda bahawa perkhidmatan rel untuk perjalanan jauh iaitu ETS akan memperkenalkan perkhidmatan Business Class. Dengan pengenalan lokomotif baru ini sudah tentu akan menambah keselesaan para pengguna tren ETS.


Jadual ETS

Promosi Ets Business Class



Zumal difahamkan koc Business Class turut dilengkapi kemudahan wifi, kemudahan hiburan audio serta video, tempat pengecas telefon dan juga dihidangkan makanan oleh pelayan seperti pramugari dan pramugara dalam kapal terbang. Jadi korang yang ambil Business Class tak perlu lagi ke cafe.

Dalam setiap tren ETS, hanya sebuah koc dikhaskan untuk Business Class, jadi anda kena cepat dapatkan tiketnya sebelum putih mata. Jika anda berminat anda sudah boleh tempah perkhidmatan ini sekarang kerana untuk 11 Oktober 2019 hingga 30 November 2019 ada harga istimewa buat anda. Semoga anda selamat sampai ke destinasi impian.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 683