Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa buat semua. Sempena Malaysia dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini mari kita kenali sesuatu yang berguna di sekitar kita yang selama ini tidak pernah diendahkan.
Apakah dia? Bunga rumput macam dalam gambar di atas tu sebenarnya ada manfaat buat kita. Bunga Kekwa Hutan atau Bunga Kancing Baju atau nama saintifiknya Tridax Procumbens sebenarnya boleh dibuat teh. Rasanya tak ubah seperti teh kekwa.
Zumal sendiri tak tahu mengenainya tetapi terbaca posting di Facebook rakan Zumal. Apabila Zumal tengok pokok Bunga Kekwa Hutan ini memang banyak tumbuh meliar jadi mulalah nak kaji.
Antara khasiat Bunga Kekwa Hutan adalah untuk penyembuhan penyakit Malaria, penyembuh luka, merawat cirit-birit, berak berdarah, menghilang rasa sakit, menghilang bengkak kaki, mengawal asid urik dan macam-macam lagi.
Caranya untuk proses bunga ini, kita perlu potong bunganya dan keringkan atau boleh terus rebus untuk dijadikan teh. Sumber.
Caranya untuk proses bunga ini, kita perlu potong bunganya dan keringkan atau boleh terus rebus untuk dijadikan teh. Sumber.