Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Setelah negara kita diserang wabak Covid-19 kerajaan menyeru rakyat Malaysia mengikut norma-norma baru dalam menjalani kehidupan seharian. Tapi susah ke nak ikut SOP dalam menjalani kehidupan norma baru ini?
Zumal rasa amat pelik kerana masih wujud manusia di persekitaran zumal yang nak elak tulis nama, elak scan suhu, elak masuk pintu yang dibenarkan. Zumal tahu pasti ada antara mereka akan jawab macam mana pun kita akan mati juga. Tapi jawapan zumal untuk korang yang degil tu, korang tu penting diri.
Korang tak rasa ke kalau korang pembawa Dan menjangkiti seorang insan lain yang ada anak kecil yang perlu dijaga atau keluarga mereka yang sakit perlu penjagaan lepas tu beliau mati disebab korang sebarkan penyakit tu dan keluarga mereka hilang orang tersayang yang menjaga mereka selama ni? Korang nak bertanggungjawab ke?
Zumal tahu orang spesis ini jenis takut polis tapi tak takut undang-undang. Misalnya korang akan pakai helmet atau tali pinggang bila nampak ada polis dan jpj kat jalan jer. Itulah korang kan??? Tak perlu nafi lagi. Memang betul tu.
Membebel pulak hari ni. Zumal memang geram dengan orang macam ni. Mereka menyusahkan orang lain dan kerajaan. Degil nak mampus. Ok la semoga korang cepat sedar...