Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa buat semua. Seperti yang korang tahu zumal berhijrah sekali lagi pada 31 Ogos 2020 yang lalu.
Tepat jam 8 malam 31 Ogos 2020 zumal bersama rakan zumal Haji Faizal telah memulakan perjalanan. Perjalanan malam itu sangat mencabar kerana hujan tersangat lebat. Kenapa bergerak malam? Sebabnya kami menyiapkan barang-barang untuk berpindah pada siang hari. Sebenarnya 3 hari juga mengemas dan menyusun dan petang 31 Ogos semuanya selesai. Kami berdua ambil masa untuk berehat sebelum memulakan perjalanan tu. Sarat dua buah kereta dengan barang tanpa boleh memuatkan penumpang... Barang kawan zumal jer. Dia berpindah ke Putrajaya. Kami sampai di basement ofis dia tepat jam 5 pagi. Sampai je kami terus keluarkan barang ke ofis. Sampai jam 6 lebih belum juga settle tapi kami dah letih.
Disebabkan terlalu letih kami balik ke rumah Haji Faizal. Mandi solat dan tidur. Tapi pukul 9 pagi ada kursus. Kawan zumal jer kursus tu. Bayangkan macam mana nak menghadapi kursus dengan letih dan mengantuk tu? Tapi kawan zumal gigih orangnya dia tetap masuk kursus. Tengah hari tu kami sambung punggah barang ke ofis. Dari tengah hari sampai jam 8 malam baru selesai semuanya.
Lepas selesai kami pulang ke Desa Mekar. Mandi, makan dan borak-borak sampai jam 12 malam lepas tu semua hanyut dibuai mimpi.
Tapi...
Perjalanan zumal bukan terhenti di situ. Esoknya zumal bergerak ke Setia Alam. Ya! Zumal bakal bermastautin di Pangsapuri Seroja Setia Alam. Doakan segala urusan zumal dipermudahkan di sini ya... Jangan lupa baca https://kisahlarahatiini.blogspot.com/
Zumal bakal share make over bilik zumal kat rumah baru zumal. Zumal kini jadi housemate bro Faizul tau. Salah seorang rakan seuniversiti dan rakan sekepala, rakan blogger jugak...