Quantcast
Channel: Dunia Zumal
Viewing all articles
Browse latest Browse all 681

SUSAH DAPAT KERJA?

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa buat semua. Ada tak di antara anda adalah pencari kerja? Memang tak dinafikan musim pandemic covid-19 ramai yang hilang pekerjaan. Jadi anda yang hilang pekerjaan bersaing dengan para penganggur sedia ada dalam mencari kerja. Anda jangan risau kerana anda lebih berpontensi tinggi mendapat pekerjaan kerana telah mempunyai pengalaman kerja.




Adakah anda berasa sukar untuk mendapatkan pekerjaan? Mungkin dalam situasi sekarang ianya sangat sukar tapi tipsnya sekarang anda tak boleh memilih pekerjaan. Orang kata bedal ja apa yang ada. Bukan masanya untuk memilih dan demand gaji yang banyak.


Mungkin sesuatu yang anda perlu perhatikan dan cuba perbaiki adalah dalam perkara berikut:


1. Resume

2. Penampilan diri semasa temuduga

3. Keyakinan diri

4. Kreatif

Perkara di atas ini adalah sangat penting dalam langkah pertama untuk mendapatkan pekerjaan. Tak kiralah anda pilih sektor kerajaan ataupun swasta. Jika anda berjaya mendapat temuduga, InsyaAllah peluang anda sangat cerah. Buatlah sehabis baik dalam sesi temuduga tersebut.


Jika anda masih was-was, anda boleh dapatkan tips lebih lanjut dengan membaca rahsia temuduga DI SINI


Semoga anda berjaya mendapat pekerjaan yang bersesuaian dengan kemampuan anda.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 681