YL RECREATION PARK
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Baru-baru ini Zumal berkesempatan berkunjung ke sebuah tempat OOTD terbaru di Perlis iaitu YL RECREATION PARK yang terletak di Pekan Kaki Bukit berdekatan dengan Pusat Rekreasi Gua Kelam.
YL Recreation Park mempunyai pelbagai port bergambar yang sangat menarik dan cantik. Selain itu anda juga boleh bermain buaian, teng teng, maze, congkak, memanah, memancing itik, fish feeding serta boleh menjamu selera di Ning Cafe yang berada di sini.