Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Cuti hujung tahun dah bermula pasti ramai yang berjalan-jalan, cuti-cuti Malaysia kan. Zumal nak tanya ada tak yang nak bercuti di Perlis??? Dah ada penginapan ke belum??? Kalau belum mai Zumal nak syorkan homestay termurah di Perlis.
LAN HOMESTAY
Lan Homestay adalah pilihan terbaik dan paling jimat jika korang nak menginap di bandar Kangar. Homestay berlatar belakang desa ini dilengkapi 3 bilik tidur, 1 tandas, ruang tamu, dapur, meja makan, televisyen, peti sejuk dan parking berbumbung. Untuk pengetahuan korang, homestay ini sangat sesuai untuk mereka yang berkeluarga besar kerana bilik utama ada katil bersaiz king manakala 2 bilik lagi dilengkapi 2 katil bujang setiap satu.
Kedudukan homestay ini adalah 5 minit dari pusat bandar Kangar, 10 minit dari Arau, 10 minit dari Kuala Perlis, 40 minit ke Padang Besar. Selain itu ia juga berdekatan dengan Masjid Tun Abdul Razak, warung dan juga kedai runcit.
Alamat
Lan Homestay
No. 38, Batu 1 1/2 Kampung Repoh
01000 Kangar, Perlis.
Nombor Telefon
019-5961006 / 04-9773864