Quantcast
Channel: Dunia Zumal
Viewing all articles
Browse latest Browse all 681

PENGALAMAN DI TERMINAL BERSEPADU SELATAN (TBS)

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semasa menaip entri ini Zumal masih di dalam bas Etika Delta dalam perjalanan pul ke Perlis. Diharap selamat hendaknya. 

Zumal sebenarnya bercadang untuk pulang ke Perlis dalam 2, 3 hari lagi tapi bila mengingatkan anak-anak yang ditinggalkan jadi Zumal ambil keputusan untuk pulang malam ini juga (6 Disember). Mulanya Zumal ambil bas dari Damansara Damai untuk ke Pudu. Sampai kat Pudu,eh kat mana aku nie? Mana bas??? Dalam hujan tu Zumal merantau merata mencari Pudu Sentral. Tanya pun tak membantu. Tanya teksi lebih baik. Zumal tahan teksi dan bertanya, pemandu teksi tersebut beritahu semua bas kena naik di TBS. Zumal naik teksi ke stesen lrt terdekat (Pandan Jaya) setelah melangkah dari lrt Pudu tanpa arah. Dari Pandan Jaya Zumal tukar tren di Chan Sow Lin. Dari Chan Sow Lin ke TBS. Alhamdulillah cukup baki myrapid Zumal. Selamat sampai di TBS jam 6.00 petang. 

Terminal Bersepadu Selatan (TBS)


Sampai di TBS rasa macam duk kat airport ja. Dah la besar pastu ramai gila orang beratur. Kat TBS kita tak perlu pergi pilih kaunter tiket milik syarikat bas tertentu. Kat sini ada 43 kaunter yang jual tiket ke semua destinasi, cakap je kat staff kat kaunter tu nak ke mana. Dan akan keluar pihan bas dan waktu perjalanan. Hebatnya. Ulat tiket tak boleh cari makan dah.




30 minit sebelum masa bas bertolak kita  kena ke platform. Pastu kalau korang tak masuk-masuk dalam bas mengikut masa ditetapkan, korang akan dipanggil nama sampai korang lapor diri kat kaunter perlepasan. Orang yang nak naik bas akan diminta nombor IC dan telefon, kalau korang tak sampai pengurusan akan call korang. Betapa hebatnya pengurusan TBS nie kan. Apa yang Zumal boleh katakan, korang tak kan kena tinggal dan tak kan kena tipu. 

Selain tu bila dah sampai waktu solat. Ada pengumuman pula. Dah macam deejay radio dah. Hebat. Pengurusan yang berkualiti. 

Nak makan, shopping semua ada di TBS. Paling penting korang kena ada duit je. Petang tadi (semalam) Zumal makan kat Teratai Food Court di Aras 3 TBS. Tempat makan sangat banyak. Rambang mata. Nasib perut tak ada mata. 

Kat Teratai Food Court nie tak guna cash. Korang kena bayar pakai kad prabayar. Korang masuk dan survey makanan dan harga dan pergi bayar untuk kad prabayar. Dapat kad, korang berilah kad pada kiosk yang korang dah pilih tadi.

Zumal pilih nak makan western. Terfeel macam mat salleh sekejap. Mukanya Zumal rasa seperti rumit sistem yang mereka buat. Tapi bila difikirkan semula ada bagusnya juga. 

Zumal pilih menu Grilled Salmon Rice. First time nak makan ikan salmon tau. Bebola ikan salmon dah biasa la tapi yang segar belum pernah cuba. Alhamdulillah sedap rupanya...


Harga Grilled Salmon Rice cuma RM13.90





Viewing all articles
Browse latest Browse all 681