Quantcast
Channel: Dunia Zumal
Viewing all articles
Browse latest Browse all 681

VAN KOMBI KEMBALI PADA 2016

$
0
0
VW KOMBI
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Korang pasti pernah tengok van kat atas tu yer. Van keluaran VW yang legend tu. VW Kombi dikeluarkan pada tahun 1949. Van nie suatu masa dahulu menjadi kenderaan pengangkutan yang popular di seluruh dunia. Selepas banyak kenderaan moden dikeluarkan ia semakin dilupakan sehingga awal 2000 ia kembali popular kerana menjadi rebutan peminat kereta antik. Pernah rakan Zumal memilikinya sebuah untuk kegunaan berniaga tapi bila dah uzur beliau jual pada harga RM400. Terkejut Zumal bila dia letak harga tu. Maybe dia tak tahu yang van tu ada harga. Kalau Zumal tau, Zumal pun nak beli. Sebab lepas ubahsuai boleh jual semula berbelas ribu. Sekarang lagi mahal. Sayangnya kan.


Tahun 2016 ini VW atau Volkswagen akan mengeluarkan semula van Kombi dengan wajah lebih segak dan bergaya gitu. Legenda Kombi bakal menular kembali ke seluruh pelusuk dunia nampaknya. Kombi atau microbus 2016 dikeluarkan dalam 3 varian iaitu, 2.5 liter, 2.0 liter turbo dan 2.0 liter TDI turbodiesel. Versi ini mempunyai gear 6 kelajuan manual dan 6 kelajuan automatik. Dengan saiz comelnya ini pasti bakal memecut laju di jalan raya. Selain tu, VW Kombi ini digerakan oleh tayar hadapan. Harga kat Malaysia belum tahu yer.

Untuk review penuh boleh ke SINI

Viewing all articles
Browse latest Browse all 681