Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Dah lama kita tak bersua kan? Maaflah kerana terlalu busy dengan pelbagai projek untuk hidup. Hehe... Insha Allah setiap kunjungan korang akan Zumal balas secara berperingkat yer. Insha Allah settle sebelum tarikh birthday Zumal.
Ais Krim Kelapa Di Perlis
Baru-baru ini apa-apa berkaitan kelapa tetiba hangat diperkatakan antaranya laksa tempurung, mee tempurung, ais krim kelapa dan macam-macam yang belum pernah kita jumpa.
Setelah sampai ke pengetahuan Zumal tentang ais krim kelapa nie, Zumal pun excited nak cuba. Mana tidaknya selama nie lokasi luar Perlis belaka, jauh. Jadi kebetulan ada kenalan facebook Zumal sendiri yang berniaga ais krim kelapa di Perlis nie jadi Zumal bertekad nak pergi. Hehe...
Ais krim kelapa saudara Hafsham nie dijual di Persiaran Wawasan berhadapan Taman Rekreasi Gua Chenderawasih atau nama familiar Gua Sami. Bagi orang baru di Perlis, landmarknya berdekatan Taman Budaya LKKN dan Hotel Seri Malaysia Kangar. Ianya berdekatan juga dengan Kompleks ADUN, Kompleks KDN dan JPAM
![]() |
Kandungan ais krim ini selain ais krim, dicampur jagung manis, kacang merah, kelapa, roti, emping jagung, serbuk kacang dan chocolate. |
Kalau korang ingin menikmati keenakan ais krim kelapa ini boleh la terjah di lokasi yang Zumal nyatakan tadi. Saudara Hafsham berniaga dari pukul 2.30 petang hingga 6.30 petang. Untuk maklumat lanjut korang seeloknya follow akaun facebook saudara Hafsham Sham untuk ikuti infomasi perniagaan beliau yer.
![]() |
Ais krim Zumal dah cair masa sampai rumah sebab terlalu panas hari ni, berbaloi beli sebab sangat sedap... |