Quantcast
Channel: Dunia Zumal
Viewing all articles
Browse latest Browse all 681

SEKARANG DAH ADA KERJA

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Zumal rasa sangat-sangat bersyukur kerana sejak hujung bulan lepas Zumal telah terjun ke bidang kerja baru.

Kiranya sekarang dah hampir dua minggu Zumal bekerja. Zumal tak minta kerja ni tapi telah ditawarkan oleh seorang sahabat. Kerja apa? Sebenarnya ayah dan mama juga selalu call bertanya kerja apa, sampai ke sudah Zumal tak beritahu dengan tepat. Lagi pun kalau beritahu tak kerja, mereka pula risau jadi Zumal beritahu kerja dengan kawan.

Sebenarnya Zumal bekerja sebagai pengasuh pak cik kat dalam gambar tu. Lebih kurang pembantu rumah juga la kena sediakan makan minum untuk pak cik. Pak cik ni ayahanda rakan Zumal dan menghadapi pelbagai masalah kesihatan dan memerlukan penjagaan rapi.

Gambar kat atas tu Zumal bawak pak cik dan cucunya minum petang di Tasik Melati. Zumal rasa terkesan juga sebenarnya bila terima kerja ni sebab dulu tok pun hadapi masalah macam pak cik kerana tak mampu nak jalan dan bersiap tapi zumal tinggal je tok kat rumah untuk pergi kerja. Tapi pak cik ni untung sebab anaknya sanggup upah pengasuh untuk menjaga bapanya. Alhamdulillah semoga seluruh keluarga pak cik murah rezeki selalu...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 681