Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Sejak rajin melepak untuk usha peluang-peluang baru terjumpa sebuah warung baru iaitu Warung Rumbia, lokasinya di Jalan Mata Ayer. Lokasi warung ni berdekatan dengan simpang tiga jalan jejawi dan jalan mata ayer.
Interior Warung Rumbia ni cantik dengan dilengkapi kerusi dan meja pallet. Menu popular dekat Warung Rumbia ni adalah nasi kambing bakaq dan nasi daging bakaq. Menu goreng-goreng pula diadakan sebelah petang hingga malam.
Untuk air, anda boleh dapatkan ice blended dekat sini lepas tu kalau nak refill dengan air sirap secara percuma jer. Refill la banyak mana pun.
Ok la selamat menjamu selera buat semua yer...