Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Sejak tak aktif kerana kerja dan kerana tak sihat, pageview blog jatuh menjunam tau. Bayangkan dari 1000 sehari jadi 100 lebih hingga 200 je sehari.
Kalau ada entri pun zumal tak share jadi tak la banyak dapat pageview. Tapi masa zumal tak dapat tidur beberapa hari lalu tertengok la pageview blog. Masa tu jam 2.30 pagi. Tergamam tengok pageview hampir 5k pada hari tersebut. Fuh gumbira hati bukan kepalang dik.
Hari tu pun zumal tak ada share entri pun. Dari mana pageview tu datang pun tak dapat cari. Tapi ada la tengok pasal entri travel dan entri bunian mengalami sedikit peningkatan view. Walaubagaimana pun zumal terharu sangat. Hehe. Bersemangat untuk berblog kembali.
Kepada rakan-rakan blogger teruskan menulis yer. Kerana suatu masa ianya bermanfaat buat korang...